Thursday, 13 December 2012

13/12/12 - cara nak buat ais krim

assalamualaikum,, hyp.. haa,, nampak tarikh atas tu? dah lain macam semalam.. hehe.. okaylah lau tak orang asik update status pasal 12.12.12 ,, hmm,, haha,, okay kali ni aku nak cerita pasal blog. apelah aku ni kan, asik story pasal blog sendiri jer, bosan ! haha,, suker lah, blog aku ! :)

petang tadi aku tanye pendapat kezen aku pasal blog aku nih, yelah dia kan pro dalam edit blog nih. sudahnyer cakap blog aku more to history. history?? err,, yeker? haha tak sedar pulak.. takper nanti aku kasi improve aku punya entri.. and dia bagi cadangan kat aku suh taruk aku punyer mini novel kat sini.. hmm, sorry lah tak boleh nak buat coz benda tu tak dapat nak disiapkan, idea takder mari woo,, susah2.. padahal time sebelum spm , punya excited nyer nak tulis tp bila lepas spm semua tu hilank. geram ~

aku dah follow beberapa orang blogger and time usha diorang punye blog tu,, mak aii,, terasa kerdilnya diri aku ni.. semuanya lawa-lawa gila. haha,, serious lah ,, :D hmm, tadi aku terbaca satu blog nih, namanya the other khairul . korang mesti kenal kan? entry-entry dia sangat menarik! aku tahu ni pun sebab kawan aku syorkan, tapi memang betul dia cakap , blog tu memang bez!

sebenarnya sekarang ni dah nak pukul 3 pagi! lagi 5 minit je lagi but aku still tak tidur ~ tak leh tidur maa . sebab tulah aku update blog aku nih! mintak-mintak cepatlah ngantuknyer. haha,, nak citer pasal per? jom kita search kat google and share kat sini !

okay , found one ! kredit to A.S.M.Y

Aiskrim buatan sendiri

Home made ice cream. Lazat berkrim disukai ramai. Ohoiii sangat senang nak buat rupenye
 resepi nak buat aiskrim guna 2 bahan je..

Coffeemate Creamer
Susu

Serious wa tak tipu. 2 bahan ini sahaja. Untuk perisa susu lah. hehehe. Kalau nak buat rasa lain, pandai2 la tambah sendiri. Cam aku, first time tu terus buat 4 perisa. Vanilla, Choc, Strawberry & Coffee. Satu bekas tu terus buat 3 layers. Kaler macam aiskrim neopolitan tu.


Letak besar sikit kasi teghanggg. Strawberry, Vanilla, Choc (actually guna Milo je)

Ni cara nak buat dia. Aku kasi contoh untuk perasa Vanilla la eh.
1 cup of creamer (Coffeemate)
1 cup of milk (tak kisah la full cream ke low fat ke fresh milk ke)
2 tsp vanilla essence
Ratio creamer & milk tu kena sama, 1:1

*Kalau nak buat perasa lain, boleh guna susu strawberry ke, chocolate ke, milo ke.
*Cam aku buat perasa coffee tu, just guna Nescafe 3 in 1 je. hehe. bancuh kasi sedap dulu.

1. Blend coffeemate + milk. Guna blender je.
2. Tuang dalam bekas. Asing2 tau jangan campur lagi perasa lain. Bekukan.
3. Da nak beku tu, hancurkan guna fork and then blend balik guna mixer. Ni untuk pecahkan ice crystal, kasi smooth je ice cream tu nanti.
4. Tuang dalam bekas balik.
 For layering, mula-mula aku letak satu layer dulu, pastu bekukan, then letak lagi satu layer, bekukan, letak lagi satu layer, bekukan. Cenggitu lah. Kalau nak laaaagi smooth and silky(?) boleh la rajinkan diri ulang2 step 3 and 4 tu. Guna mixer lagi senang sebab mmg pantas dan tangkas, tapi kalau nak build muscle kat tangan boleh la guna fork je hancur2 kan or guna pemukul telur yang besi tu.

Eh, yang ala2 neopolitan tu 2 minggu lepas aku buat, Ni kelmarin aku ada buat lagi satu, perasa oreo pulak. Buat 2 layers, bawah tu milo tapi nipis je, atas tu oreo.



Gambar2 memang la buruk sebab cuma guna ipod, tapi don't judge the taste of the ice cream by its pictures okayy. hehehe. Ohhh by the way, aku saje lapik bekas tu guna plastic sebab plan asal nak terbalikkan ice cream tu pastu potong guna pisau ala2 kek sekali kerasss sangat pulak susa nak tarik. Tapi ok jugak ada lapik sebab aku potong guna pisau,so takdela calar or terkerat bekas tu.

Perasa oreo ni pon lebih kurang sama je cara nak buat. Aku buat perasa vanilla, pastu blend skali dengan oreo. Tapi kaler dia jadi cm kelabu la pulak, tak lawa sangat. Rasanya nak nampak menarik tak yah blend sekali kot, just buat perasa vanilla, lepas da nak last step tu baru patah2 kan oreo betul2 baru campur. Mungkin lagi nice kot kaler putih, macam ice cream Walls yang cookies & cream tu.

Ok aku memang suka tulis panjang lebar berjela padahal resepi aiskrim termudah di dunia je kot. Dah la. Selamat mencuba. Babai.




okay ,, ni aku copy paste je dari pemilik blog A.S.M.Y . link dia ada kat atas. korang usha lah. and itu jer kot. aku dah ngantuk ! assalamualaikum ^^

No comments: